Institusi kewangan yang berbeza mempunyai borang pinjaman dan senarai semak (checklist) yang berbeza namun kebanyakkan institusi kewangan memerlukan dokumen yang sama untuk tujuan pengesahan dan penilaian iaitu:
1 - SSM (daftar perniagaan) Enterprise / Sdn. Bhd.
2 - Penyata Bank (Bank Statement) 3 bulan / 6 bulan
Jika anda mempunyai dokumen diatas, anda sebenarnya sudah layak untuk memohon pinjaman dengan jumlah tidak melebihi RM50k dari agensi kerajaaan seperti TEKUN, MARA, PUNB, Amanah Ikhtiar, CGC.
Selain dari itu, beberapa faktor juga diambil kira antaranya:
- Jenis Perniagaan yang dijalankan
- Lokasi & Premis Perniagaan haruslah wujud
- Seberapa aktif bank statement anda (duit keluar masuk)
- Kertas kerja (profil syarikat,unjuran kewangan, potensi projek, dll)
* kami juga ada menyediakan perkhidmatan membuat kertas kerja untuk permohonan pinjaman dengan bayaran serendah RM500
* cara aktifkan akaun anda? sila hubungi saya untuk khidmat nasihat.
PINJAMAN dari RM100K - RM500K
Bagi perniagaan yang sudah beroperasi lebih dari 3 tahun, selain dari agensi kerajaan, anda layak untuk memohon pinjaman dari bank-bank komersial dengan jumlah melebihi RM100k. Namun begitu terdapat dokumen tambahan yang diperlukan iaitu:
- Akaun Pengurusan (management account)
- Form B/BE (rekod bayaran cukai)
Apa itu Akaun Pengurusan? (Management Account)
Akaun pengurusan terdiri dari 3 laporan utama iaitu:
- Kunci Kira-Kira
- Penyata Untung Rugi
- Penyata Imbang Duga
Secara ringkasnya, akaun pengurusan adalah laporan yang menunjukkan jumlah jualan, perbelanjaan dan keuntungan yang diperolehi sepanjang tempoh 12 bulan. Laporan perakaunan mestilah mengikut format / piawaian perakaunan yang diluluskan (diguna pakai oleh semua agensi kewangan). Akaun pengurusan juga digunakan untuk tujuan membuat taksiran cukai perniagaan (LHDN).
Bagi syarikat besar atau multinational lebih suka mengajikan akauntan dan auditor untuk menyediakan laporan berkenaan kewangan syarikat (financial report) namun bagi syarikat yang kecil dan sederhana (SME) kebanyakkannya mendapatkan khidmat Akauntan Bertauliah untuk menyediakan laporan berkenaan. Bayaran penyediaan akaun pengurusan adalah dari serendah RM1500 setahun (12 bulan) atau RM150 sebulan atau RM50 untuk setiap helai penyata bank.
Apa itu Form B/BE?
Keuntungan yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesyen adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai. - Akta Percukaian 1964
Adalah menjadi tanggungjawab bagi syarikat yang ditubuhkan untuk berdaftar dengan LHDN dan mengishtihar jumlah pendapatan yang diperolehi dari hasil perniagaan. Namun bagi perniagaan yang mengalami kerugian, cukai pendapatan tidak akan dikenakan. Kadar cukai adalah bergantung kepada jumlah keuntungan bersih bermula dari 5% hingga 20%. Boleh Rujuk disini
Oleh yang demikian, perniagaan yang bagus pastinya akan menjana keuntungan dan keuntungan pula harus diishtihar dengan membayar cukai pendapatan kepada LHDN. Keuntungan yang diishtihar adalah dirujuk kepada laporan akaun pengurusan yang telah disediakan. Setelah pembayaran dibuat, anda akan menerima penyata bayaran cukai yang dipanggil Form B/BE/C. Penyata tersebut merupakan bukti paling kukuh yang menyatakan perniagaan anda untung seterusnya melayakkan anda untuk membuat pinjaman bank.
PINJAMAN MELEBIHI RM500K
Kepada syarikat yang ingin membuat pinjaman melebihi RM500K, syarat tambahan adalah:
- Mestilah syarikat SDN. BHD. (Enterprise tidak layak)
- 3 tahun penyata kewangan beraudit (audited account)
- Rekod Percukaian (Form B/BE/C)
- Rekod pinjaman terdahulu
- Senarai penghutang & pemiutang.
* Bagi yang mempunyai rekod CTOS / CRISS yang tidak berapa cantik, anda hanya boleh memohon pinjaman dari MARA, TEKUN dan PUNB sahaja
* Syarikat baru yang bercadang untuk mendapatkan pinjaman melebihi RM100ribu, sila call saya untuk dapatkan tips dan panduan dalam membuat persediaan.
018 466 1335 - Faizal
* Syarikat baru yang bercadang untuk mendapatkan pinjaman melebihi RM100ribu, sila call saya untuk dapatkan tips dan panduan dalam membuat persediaan.
018 466 1335 - Faizal