AGENSI PINJAMAN

Berikut adalah agensi kewangan yang memberi pinjaman:
Click pada logo untuk membuka web agensi tersebut.

http://www.tekun.gov.my/
TEKUN adalah sebuah agensi kerajaan yang amat mudah untuk mendapatkan pinjaman bagi usahawan yang baru memulakan perniagaan. Sekiranya anda mempunyai gerai / stall, anda senang-senang boleh dapat RM5000 dan bagi yang ada SSM dan penyata bank, anda boleh memohon sehingga RM20K untuk permohonan kali pertama.



Majlis Amanah Rakyat (MARA) khusus untuk membantu golongan bumiputera. Terdapat pelbagai pakej pinjaman perniagaan dan salah satu dipanggil pinjaman PUTRA iaitu pinjaman tanpa faedah sehingga RM10,000 bagi yang baru memulakan perniagaan. Boleh memohon di pejabat MARA daerah yang terdekat.



http://www.punb.com.my

Permodalan Usahawan Nasional Berhad adalah agensi kerajaan dibawah Jabatan Perdana Menteri khusus untuk membantu usahawan bumiputera. Terdapat pelbagai pakej pinjaman bagi usahawan yang baru memulakan perniagaan (ada 6 bulan bank statement) atau yang lebih setahun. Pinjaman dari RM5ribu sehingga RM2juta. Perlu menyediakan kertas kerja termasuk rancangan perniagaan (business plan) untuk memohon pinjaman. Proses pinjaman selalunya antara 3 - 6 Bulan. Bakal pemohon digalakkan hadir ke taklimat yang diadakan setiap isnin di pejabat PUNB.





http://www.iguarantee.com.my/
Ramai yang tidak tahu tentang CGC sebenarnya CGC merupakan anak syarikat (subsidiary) kepada bank negara dan berperanan sebagai penyedia jaminan kredit (guarantor) kepada PKS terutama bagi mereka yang tidak mempunyai cagaran yang mencukupi bagi membiayai perniagaan dari bank komersial. Antara pakej pinjaman menarik dari CGC ialah bizMula-i khusus untuk anda yang baru memulakan perniagaan dan SSM kurang 3 tahun. Permohonan dibuka juga kepada bukan bumiputera.



http://www.smecorp.gov.my

SME bank adalah sebuah bank di bawah SME Corp yang dahulunya dikenali sebagai SMIDEC.
Permohonan pinjaman bermula dari RM100ribu sehingga RM10juta. Memerlukan rekod yang lengkap termasuk akaun pengurusan, penyata kewangan beraudit 3 tahun terakhir, dan banyak lagi. SME bank menjadi pilihan bagi syarikat yang sudah beroperasi lebih dari 3 tahun. Pembiayaan kebanyakkan khusus kepada industri pembuatan.Terdapat juga pakej pinjaman untuk membeli lot komersial.




http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalList04.do?cntTypeId=0&channelId=LOA-Loans&programId=LOA11-SolePropProfessionalFinancing&cntKey=&chCatId=/mbb/Personal/LOA-Loans

Maybank antara bank komersial yang menjadi pilihan ramai untuk membuka akaun semasa bagi syarikat mahupun individu kerana kemudahan yang terdapat dimerata tempat berbanding bank lain. Tetapi ramai usahawan melayu tidak sedar bahawa Maybank juga ada menyediakan pembiayaan untuk perniagaan dari RM50ribu hingga RM500ribu. Proses permohonan yang cepat iaitu selama 2 minggu sahaja. Terdapat juga pakej pinjaman untuk membeli hartanah. Syarat utama pemohon mestilah mempunyai rekod bayaran cukai (Form B/BE) dan Akaun Pengurusan (Management Account) untuk 2 tahun kebelakang dan SSM mestilah melebihi 3 tahun.

Klik dibawah untuk lihat senarai semak maybank

MAYBANK CHECKLIST